Setitik Ilmu - Sejuta Makna
Mungkin Bakal Tiba Masaku
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”
Hatiku  berdebar diberitakan tentang kematian, Semalam ku dikhabarkan kematian  Bapa Seorang Rakan, Hari ini ku dikhabarkan berita tentang kematian  abang seorang shabat.. Mungkinkah akan tiba masaku.. Hatiku berdebar  stiap kali sesudah habis solat jemaah, Belum salam tiba hatiku sudah  mula berdebar ketakutan dan kegelisahan.. Mungkinkah hati ku berdebar  kerana mu atau mungkinkah hati ku berdebar kerana ini soalt ku yang  terakhir.. Setiap solat ku dan setiap Al-fatihah ku kuhayaiti maknanya,  ku fahami maksudnya, Mungkinkah ini kali terakhir aku memebacakan dan  mengumandangkan Al-fatihah dalam solat ku.. 
Hatiku  berdebar stiapkali imam selesai meberikan salam, hatiku berdebar imam  mengumandangkan doa, dan hatiku tersentak dan terharu imam membacakan  zikir.. Ya Allah.. Adakah ini perasaan takut kepadamu atau perassan  takut ku yang mungkin ini solat jemaah ku yang terakhir..
 Sesudah imam selesai mengumandangkan doa serta witirnya, kaki ku berat  melagkah keluar masjid, dan setiap kali tu jugalah mata ku terpana  melihat keindahan cahaya bulan.. Daripada bulan sabit hingga separa  bulan aku melihatnya, dan sekali lagi hatiku tersentak dan hampir ku  menitiskan air mataku.. Mungkinkah ini tanda takutku akan kekuasaan mu  atau ini tanda ketakutan ku meninggalkan dunia yang fanaa ini..  Hari-kehari masaku bakal tiba, dan semua itu rahasiamu Ya Allah.. 
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”
Sesungguhnya  kematian itu mengejutkan, dan mungkin keterkejutan itu lah yang bakan  mengambil nyawaku.. Mungkin esok munkin lusa dan mungkin juga sekarang  ini.. Mungkin aku sempat bersolat subuh namun keyakinan ku tidaklah  sehingga aku sempat untuk solat zohor, asar maghrib mahupun Isyak..  Mataku memandang langit dan memikirkan bahawanya semuaini adalah  kekuasaan Allah dan Atas kekuasaan Allah juga aku lahir dan atas  kekuasaan Allah itu jugalah satu masa aku bakal dipanggil mengadapnya  kembali..
Ya Allah hanya satu pintaku,  Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah bukanya dalam suul  khatimah.. sesungguhnya aku berserah kepada mu 100% siang dan malam ku  hanya kuserahkan buatmu, dan amal ibadah ku ikhlas kerana mu dan  tidaklah ku mengharapkan pembalasan dari amal ibadahku kerana amal  ibadah ku hanyalah sebagai bekalan ku menjuju kehidupan hakiki kelak.. 

 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar